Recents in Beach

Jenis cacing yang selalu menyerang Akuarium


Hobi membela ikan adalah menyeronokkan, namun sering terganggu sekiranya anda ternampak cacing-cacing terapung di dalam akuarium anda.

Cacing apakah yang selalu menyerang akuarium anda? Adakah ianya berbahaya kepada ikan anda? Adakah kita perlu segera menghapuskan mereka? Jom saya terangkan bagaimana cara mengurangkan populasi cacing akuarium ini.

Apakah cacing yang selalu berada dalam akuarium anda?

Terdapat 2 jenis utama yang selalu muncul pada akuarium air tawar, iaitu cacing putih seperti rerambut yang di kenali sebagai  cacing Detritus. Manakala jenis cacing pipih pula adalah Planaria dan Rhabdocoela.

Identiti caaing ini sangat penting kerana cacing Detritus dan Rhabdocoela adalah tidak berbahaya kepada ikan atau udang anda. Manakala, Planaria pula berbahaya.

Dari manakah munculnya cacing-cacing ini? Biasanya cacing ini muncul dalam akuarium anda melalui tumbuhan yang baru dibeli, tanah dan hiasan akuarium anda. Lebihan makanan ikan akan menyebabkan populasi mereka bertambah dengan drastik.

Cacing Detritus


Cara mengatasi kehadiran cacing ini adalah:
1. Kurangkan jumlah makanan ikan anda. Elakkan makan secara berlebihan
2. Selalu bersihkan pasir atau tanah hiasan akuarium
3. Tambahkan kandungan Oksigen dengan batu udara (airstone)
Setelah nutrien berlebihan kembali normal, bilangan cacing ini akan berkurangan dengan sendiri.

Cacing Rhabdocoela


Sama seperti cacing Detritus, pertambahan populasi cacing Rhabdocoela adalah disebabkan terlalu banyak nutrien di dalam akuarium anda. Selalu bersihkan batuan atau tanah dalam akuarium akan membantu mengurangkan populasinya. Tukar jadual permakanan ikan anda, elakkan sisa makanan dibiarkan di dasar akuarium. Anda juga boleh membela ikan Laga atau Betta kerana mereka suka memakan cacing ini.

Cacing Planaria


Cacing Planaria adalah spesis cacing karnivor. Kehadiran cacing ini harus di atasi dengan segera. Ianya sangat berbahaya kepada ikan-ikan kecil atau udang peliharaan anda. Mereka akan memakan telur-telur ikan atau udang pada malam hari.

Cara untuk mengatasi mereka adalah dengan menggunakan ubat cacing atau perangkap cacing yang di jual di kedai akuarium berhampiran anda.

Sekian sahaja perkongsian kali ini. selamat mencuba.







Post a Comment

1 Comments