Recents in Beach

Cara mengatasi Air Akuarium Kelabu

 


Keadaan air keruh dalam akuarium adalah disebabkan oleh 'bacteria bloom' adalah disebabkan oleh penambahan koloni bacteria secara mendadak dalam isipadu air yang bertakung, iaitu akuarium. Pertumbuhan bakteria secara mendadak menyebabkan keadaan air berubah menjadi kelabu dan berkeladak. Jika terlampau banyak bakteria menyebab ikan juga sukar untuk dilihat.

Keadaan ini biasanya berlaku kepada akuarium yang baru, tetapi boleh juga belaku pada akuarium lama yang berlaku pernambahan nutrien di dalam air seperti nitrat dan phosphate. Ini berlaku sekiranya terdapat bangkai ikan yang tidak dibuang secara segera atau terdapat tumbuhan air yang mati dan tidak dibuang daripada akuarium. Pemberian makanan secara berlebihan juga akan menambah jumlah nutrien yang akan menyebabkan 'bacteria bloom' .

Penukaran air sebanyak 30% daripada keseluruhan air akuarium akan membantu mengurangkan 'bacteria bloom'. Media penapisan yang baik juga akan mengurangkan risiko 'bacteria bloom'. 'Bacteria bloom' ini akan hilang setelah kitaran nitrogen sudah stabil.




Post a comment

2 Comments

Warisan Petani said…
dah lama tak bela ikan dalam aquarium
NARDtheNERD said…
kite ingat kelabu sebab ikan beyak hehe